Wednesday, July 22, 2009

Berabuk...

Blog aku dah berabuk kata Ratubulan...

Tak dinafikan tu. Nak buat macam mana, aku sibuk sangat dengan esaimen semester lepas.

Walau tengah cuti sekarang ni, masih lagi sibuk. Sibuk melayan variety show Korea (hehehe).

Aku baru perasan yang aku memang tak boleh menulis kalau perasaan aku tak tentu hala.

Ada beberapa perkara yang buat fikiran aku terganggu. Jenuh memikir sampai lelah.

Akhirnya aku pilih untuk biarkan saja benda-benda tu. Biarlah waktu yang menentukan.

Sunday, June 21, 2009

Bebel

Korang suka membebel? Aku suka... Tapi cuba tengok klip kat bawah ni. Aku tak tau le macam mana gaya budak ni bercakap bila dia dah tahu bercakap bahasa yang orang faham. Cakap bahasa yang orang tak fahampun sikit punya meriah...

video

Saturday, June 20, 2009

Qunutzzz

Lama tak post benda2 lawak kat sini sebab tak ada bahan. Pagi tadi chat dengan angah, dia bagi aku benda alah kat bawah ni. Terguling terbalik aku gelak. Jadi jemputlah gelak sama.

video

Saturday, June 13, 2009

Aku menulis...

Jujur mengaku, untuk semester ini aku memang tidak aktif menulis. Kalau menulispun bukanlah dalam linkungan genre kreatif tetapi lebih kepada penulisan ilmiah dan akademik. Batas waktu dan komitmen belajar memang mengekang akal kreatif aku untuk berkarya. Sehingga tiba saat aku terlalu rindu dan gian untuk mencurahkan segala idea, aku curi juga waktu untuk menulis cerpen mahupun novel dan tekadang ada juga puisi sebuah dua. Namun itu belum cukup untuk aku melepaskan apa yang terbuku di kepala. Sungguh ilham datang mencurah tidak kena masa. Adoilah! Sakit kepala memikirkan tugasan kursus yang masih berbaki 9000 patah perkataan. Tak mengapa, akan aku gagahikan juga untuk menghabiskannya. Selesai semuanya kelak, beberapa projek akan aku mulakan. Sambungan Rejim Mahkota, harapnya dapat aku siapkan penghujung Ogos ini, sebelum raya hendaknya. Dalam pada itu aku juga sedang mengusahakan sebuah lagi novel baru, Tuah Langit. Menjenguk-jenguk folder karya aku yang begitu lama bertapa dalam lap top aku inipun, teruja untuk menyelesaikan tajuk-tajuk novel yang lain. Tapi bukanlah dalam waktu terdekat ini pastinya. Proses kreatif mengambil masa yang panjang, itu realiti dan hakikatnya. Mungkin akan aku senaraikan judul-judulnya, disini nanti. Buat motivasi diri agar tidak berhenti menulis dan terus menulis.

p/s: Status Rejim Mahkota 1, malangnya masih tidak dapat dipastikan lagi. Jujurnya aku agak kecewa juga bila dikhabarkan penerbitannya ditangguh ke satu tarikh yang aku sendiri tidak tahu (mengeluh panjang...). Harap kalian yang menunggu bersabar ya. Kerana sesungguhnya aku juga sedang melakukan itu (bersabar) pada masa ini.

Monday, June 8, 2009

Yang kurang baik, kurang indah dan kurang elok...

Kita selalu mengharapkan perkara yang baik-baik, indah-indah dan elok-elok berlaku dalam hidup kita. Tapi yang sebenarnya itu sedikit sekali mengajar kita tentang erti kehidupan itu sendiri. Ironinya kita belajar lebih banyak daripada perkara yang kurang baik, kurang indah dan kurang elok. Pahit hakikat itu, tapi selagi celik kita dimuka bumi ini terpaksa ditelan jua. Sebulan dua ini memang tidak dinafikan aku belajar banyak benda. Sebab banyak benda yang kurang baik, kurang indah dan kurang elok yang melatari hidup aku sepanjang tempoh itu. Adegan-adegan memalukan yang macam tak mahu jauh daripada diri aku; hal aku gugup masa group presentation, hal kenyataan yang aku buat dalam kelas, hal aku melalak kuat-kuat masa menunggu train (ingatkan tak ada orang) sampai dipandang semacam beberapa makhluk yang ada ditempat kejadian masa tu, hal aku menerjah surau adelaide waktu sembahyang Jumaat, (muka pucat tgk surau penuh dengan lelaki, cuba nak keluar secepat mungkin tapi terhalang dek gerombolan jemaah yang baru tiba - apahal aku jadi sandwich terhimpit dek lelaki2!) Argghhhhh!!! Dan percayalah itu bukan semua, banyak lagi! Aku rasa macam nak pakai topeng lepas ni bila keluar rumah. Itu tak masuk bab emosi aku yang terganggu dek beberapa perkara. Senang disimpulkan, karenah manusia memang macam-macam ragam (termasuk peel diri sendiri juga!). Belum masuk bab tugasan-tugasan kursus yang tak sudah-sudah. Tertekan! Jelas sungguhlah yang kehidupan aku macam kapal menunggu karam. Nafaspun hampir-hampir putus, sudah takat bawah hidung saja. Sekarang ini sedang cuba sedaya upaya mengemaskan kuakan renang dalam lautan cabaran hidup yang bergelora. Jujurnya makin dimakan waktu aku lelah dengan erti kedewasaan. Alangkah seronoknya waktu kecil-kecil dulu, kala tidak payah memikir segala benda. Tapi itu angan-angan yang tidak mungkin tiba. Masa terus berdetik tidak menunggu siapa. Ku mohon moga esok lebih elok berbanding hari ini. Amin...